Jangan membuat janji sekiranya anda berniat untuk tidak menunaikan janji itu.
Jangan membuat janji sekiranya diri anda berada dalam keadaan tergesa-gesa.
Sekiranya anda telah membuat janji maka tunaikanlah. Jangan sesekali melanggari janji tersebut tanpa alas an yang kukuh dan wajar.
Jangan berjanji untuk membuat sesuatu perkara yang haram ataupun melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kemudaratan.
Abdullah bin Amir meriwayatkan semasa beliau masih kecil. Ibunya telah memanggilnya dan berjanji akan memberikannya sesuatu. Rasulullah yang kebetulan berada disitu terus bertanya “Apa yang kamu niatkan untuk diberikan kepadnya?” Jawan ibu Amir, “sedikit buah tamar”. Sabda Rasulullah “sekiranya kamu tidak memberikan kepadanya maka dosa berjanji dusta akan dicatitkan untukkmu”
No comments:
Post a Comment